TENTANG KAMI
Setiap sentuhan untuk wajah, tubuh dan jiwa – dari urutan tradisional hingga penjagaan ibu bersalin, kami hadir untuk memulihkan dan menyerikan anda.
Pengenalan
D’ Alam Spa telah ditubuhkan pada 1999 dan mempunyai 3 cawangan di Ipoh, Perak di alamat berikut. Kami mempunyai terapis terlatih Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). D’ Alam Spa menyediakan rawatan spa untuk semua wanita yang ingin memelihara kecantikan asli dan kesihatan dari sudut emosi serta fizikal. Terutama bagi wanita yang sudah berkahwin bagi menjaga keharmonian rumahtangga dan wanita yang baru ingin melangkah ke alam perkahwinan.
D’ Alam Confinement terdiri dari terapis-terapis yang terlatih. Kami mempunyai team di seluruh Malaysia. Terapis kami juga mempunyai lesen perubatan Tradisional Komplementari dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Diploma dalam Kemahiran Penjagaan Selepas Bersalin.
Misi
- Menyediakan rawatan spa berkualiti dengan sentuhan profesional.
- Mengutamakan keselesaan dan kepuasan pelanggan melalui suasana tenang & mesra.
- Menggunakan produk semula jadi dan selamat untuk kesihatan kulit & tubuh.
- Memberi nilai tambah melalui layanan ikhlas dan pengalaman santai yang menyegarkan minda.
- Menjadi sebahagian daripada gaya hidup sihat dan keseimbangan hidup pelanggan.